YTL lancar WIMAx tahun 2009
Khidmat Wimax YTLe tahun depan
YTL e-Solutions Bhd (YTLe) mahu memberikan khidmat terbaik kepada pengguna dalam menyediakan perkhidmatan Wimax di negara ini tahun depan.
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Yeoh Sock Ping, berkata syarikat tidak mahu melancarkan perkhidmatan secara berperingkat, sebaliknya menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh.
“Kami menjangka pekhidmatan Wimax akan menemui pengguna di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serentak tahun depan,” katanya.
Bagi mencapai tujuan itu, YTLe bekerjasama dengan Cisco Services Malaysia Sdn Bhd yang bertindak sebagai rakan kongsi dalam teknologi.
“Cisco akan memberikan teknologi yang menggabungkan suara, data dan video apabila pengguna akan mendapati perkhidmatan Wimax akan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.
Kerjasama di antara Cisco dan YTLe membolehkan kesepaduan dalam sistem komunikasi asas Wimax untuk YTLe yang membabitkan protokol Internet (IP), sistem sokongan operasi dan banyak lagi.
Sock Ping turut tidak menganggap perkhidmatan Wimax akan terjejas jika ia dilaksanakan secara serentak kerana yakin dengan pembangunan teknologi yang dibangunkannya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/itMetro/20081224104204/Article/indexv_html
Baca boleh percaya jangan.1) Sabah & sarawak ialah wilayah redtone. 2) Pelancaran serentak seluruh negara ?
![]() |
No comments yet.
