Taman Subang, Kelana Jaya jadi tumpuan menara haram
`Kami hairan’
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Hairan dan bengang! Itu yang dirasakan sebahagian besar penduduk Taman Subang, Kelana Jaya, Petaling Jaya, apabila kawasan kediaman mereka terus menjadi tumpuan syarikat telekomunikasi memasang cakera dan pemancar.
Terbaru, penduduk mendakwa sebanyak 10 pemancar dipasang di bumbung bangunan berhampiran rumah mereka.
Setiausaha persatuan penduduk taman perumahan itu, Musa Abdullah, berkata beliau pelik bagaimana pemasangan itu boleh diluluskan sedangkan isu berkaitan menara telekomunikasi di Jalan SS 3/49 berhampiran kediaman mereka masih hangat diperkatakan.
“Pemancar baru ini mula dipasang kira-kira sebulan lalu dan hasil pemerhatian saya, jumlahnya tidak kurang daripada 10 unit. Ia juga tidak dimiliki syarikat pemilik menara telekomunikasi di jalan SS 3/49.
[Ad]
“Saya tak faham bagaimana pihak berkuasa boleh biarkan syarikat telekomunikasi berkenaan buat pemasangan pemancar berkenaan. Penduduk seolah-olah terlepas daripada mulut naga, tapi masuk pula mulut buaya,” katanya ketika dihubungi, semalam.[Ad]
Muka depan Harian Metro 28 April lalu mendedahkan risiko tinggi penduduk diserang kanser dan pelbagai penyakit kronik berikutan tinggal berhampiran menara pemancar telekomunikasi di Taman Subang, Kelana Jaya.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat Profesor Bersekutu Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Adlina Suleiman bersama 10 pelajarnya melalui kajian kesan radiasi menara pemancar telekomunikasi terhadap penduduk di Taman Subang.
Hasil kaji selidik dua minggu membabitkan 170 penduduk taman perumahan itu mendapati 8.23 peratus responden diserang kanser berbanding tidak sampai satu peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat negara ini mengalami penyakit sama.
Kebanyakan kes berlaku sesudah sebuah menara pemancar telekomunikasi didirikan di taman perumahan itu 10 tahun lalu, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung dengannya.
Mengulas lanjut, Musa berkata, satu mesyuarat akan diadakan di antara penduduk bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan syarikat pemilik menara telekomunikasi terbabit, 19 Disember ini.
“Saya sendiri mewakili penduduk dan akan bangkitkan ketidakpuasan berhubung pemancar dipasang kediaman kami. Selain itu, syarikat telekomunikasi pemilik menara sudah empat bulan tak hubungi kami menyebabkan penduduk tertanya-tanya status menara itu,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Setempat/20081216085519/Article/index_html
Saya sudah tinggal hampir 15tahun berhampiran dengan menara pemancar.Rumah saya betul-betul disebelah menara pemancar.Sampai sekarang alhamdulillah saya tidak kena apa-apa penyakit cancer pun. Kalau nak cerita tentang bahaya merokok lagi bahaya…boleh menyebabkan cancer paru2, mandul dan banyak lagi penyaki yang berpunca dari merokok. Dulu perhangat dikatakan makan makanan segera boleh menyebabkan cancer, contohnya KFC, MCDonalds, Pizza DLL. Tetapi sehigga sekaran orang makan jugak dan belum ada yang mati disebabkan makan makanan segera ni. Microwave pun boleh menyebabkan cancer, tapi masih orang beli untuk kemudahan. Rakyat Malaysia ni janganlah kolot dan pemikiran tak berkembang. Kita mahukan teknologi tanpa wayar seperti negara2 yang dah lama menggunakannya. Kalau rakyat Malaysia berpikiran kolot macam ni macam mana nak maju. Kalau nak dikajikan lampu dalam bilik kita pun ada radioaktif….Sebelum adanya menara pemancar dalam 30 tahun yang lepas ada orang juga yang mati disebabkan cancer, contohnya Muhamad Ali peninju dunia, beliau mati disebabkan canser. Masa zaman beliau ada tak menara pemancar telekomunikasi masa tu? Fikirkanlah jangan kolot dan kita nak maju dengan teknologi tanpa wayar….