Pc Base

Masa Untuk Berubah

Menara Pemancar telekomunikasi haram

Menara haram
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

PASANG…pemasangan menara pemancar diteruskan, semalam.
menara-haram

KELANA JAYA: Pemancar telekomunikasi yang dipasang di bumbung premis perniagaan di Jalan SS 3/41 di sini dikesan beroperasi secara haram berikutan dua syarikat pemilik pemancar terbabit tidak mempunyai permit untuk memasangnya di bangunan berkenaan.

Perkara berkenaan disahkan Konsortium Jaringan Selangor (KJS), yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengemas kini selain menjadi agensi sehenti (OSA) membabitkan alat pemancar telekomunikasi di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Abdul Hasib Ramly, berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan untuk pemasangan pemancar di bumbung premis perniagaan itu.

“Setiap permohonan untuk memasang alat pemancar di Selangor akan tercatat dalam pangkalan data KJS dan selepas memeriksanya, kami dapati tiada rekod membabitkan pemancar dimaksudkan. “Oleh itu, berkemungkinan besar pemancar terbabit dipasang tanpa kebenaran dan perlu dibuka semula,” katanya di sini, semalam.

Selasa lalu, akhbar ini melaporkan mengenai keresahan penduduk Taman Subang, Kelana Jaya, Petaling Jaya apabila kawasan kediaman mereka menjadi tumpuan syarikat telekomunikasi memasang cakera dan pemancar.

Terbaru, penduduk mendakwa 10 pemancar dipasang di bumbung bangunan berhampiran rumah mereka.

Penduduk juga pelik bagaimana pemasangan itu boleh diluluskan sedangkan isu berkaitan menara telekomunikasi di Jalan SS 3/49 berhampiran kediaman mereka masih hangat diperkatakan.

harian metro

http://www.hmetro.com.my/Friday/Setempat/20081219091045/Article/index_html

December 28, 2008 - Posted by TetikuS | 3G | , | 7 Comments

7 Comments »

  1. artikel hebat. penulis pastinya seorang yang berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang selain mempunyai IQ dan EQ yang tinggi.
    Keep up the good work!

    Comment by tony monero | January 1, 2009 | Reply

  2. saya ingin mohon untuk mendirikan pemacar di atas tanah saya. macamnana

    Comment by azman bin mohd aris | June 8, 2009 | Reply

    • saya juga berhasrat untuk mendirikan pemancar di atas tanah saya di kg.kuala jempol, bahaun nsdk. bagaimana tindakan seterusnya perlu saya lakukan.

      Hj.Khalid, 1177 jalan kedidi 9, taman paroi jaya,70400 seremban tel; 06-6778730 hp.013-3089970 Emil: khalid_asiah @yahoo.com.

      Comment by hj.khalid | July 12, 2009 | Reply

  3. pergi la hubungi digi/maxis/celcom/umobil/p1wimax. ada ka tulis kat sini.

    Comment by keropok | July 13, 2009 | Reply

  4. Saya sudah tinggal hampir 15tahun berhampiran dengan menara pemancar.Rumah saya betul-betul disebelah menara pemancar.Sampai sekarang alhamdulillah saya tidak kena apa-apa penyakit cancer pun. Kalau nak cerita tentang bahaya merokok lagi bahaya…boleh menyebabkan cancer paru2, mandul dan banyak lagi penyaki yang berpunca dari merokok. Dulu perhangat dikatakan makan makanan segera boleh menyebabkan cancer, contohnya KFC, MCDonalds, Pizza DLL. Tetapi sehigga sekarang orang makan jugak benda ni dan belum ada yang mati disebabkan makan makanan segera ni. Microwave pun boleh menyebabkan cancer, tapi masih orang beli untuk kemudahan. Rakyat Malaysia ni janganlah kolot sangat dan pemikiran tak berkembang. Kita mahukan teknologi tanpa wayar seperti negara2 yang dah lama menggunakannya. Kalau rakyat Malaysia berfikiran kolot macam ni macam mana nak maju. Kalau nak dikajikan lampu dalam bilik kita pun ada radioaktif….Sebelum adanya menara pemancar dalam 30 tahun yang lepas ada orang juga yang mati disebabkan cancer, contohnya Muhamad Ali peninju dunia, beliau mati disebabkan canser. Masa zaman beliau ada tak menara pemancar telekomunikasi masa tu? Fikirkanlah jangan kolot dan kita nak maju dengan teknologi tanpa wayar….

    Comment by Hasheila Ahmad | September 17, 2009 | Reply

  5. Saya sudah tinggal hampir 15tahun berhampiran dengan menara pemancar.Rumah saya betul-betul disebelah menara pemancar.Sampai sekarang alhamdulillah saya tidak kena apa-apa penyakit cancer pun. Kalau nak cerita tentang bahaya merokok lagi bahaya…boleh menyebabkan cancer paru2, mandul dan banyak lagi penyaki yang berpunca dari merokok. Dulu perhangat dikatakan makan makanan segera boleh menyebabkan cancer, contohnya KFC, MCDonalds, Pizza DLL. Tetapi sehigga sekaran orang makan jugak dan belum ada yang mati disebabkan makan makanan segera ni. Microwave pun boleh menyebabkan cancer, tapi masih orang beli untuk kemudahan. Rakyat Malaysia ni janganlah kolot dan pemikiran tak berkembang. Kita mahukan teknologi tanpa wayar seperti negara2 yang dah lama menggunakannya. Kalau rakyat Malaysia berpikiran kolot macam ni macam mana nak maju. Kalau nak dikajikan lampu dalam bilik kita pun ada radioaktif….Sebelum adanya menara pemancar dalam 30 tahun yang lepas ada orang juga yang mati disebabkan cancer, contohnya Muhamad Ali peninju dunia, beliau mati disebabkan canser. Masa zaman beliau ada tak menara pemancar telekomunikasi masa tu? Fikirkanlah jangan kolot dan kita nak maju dengan teknologi tanpa wayar….

    Comment by Hasheila Ahmad | October 6, 2009 | Reply

  6. its ok

    Comment by ronny linoby | October 9, 2009 | Reply


Leave a comment