Pc Base

Masa Untuk Berubah

YTL lancar WIMAx tahun 2009

Khidmat Wimax YTLe tahun depan

YTL e-Solutions Bhd (YTLe) mahu memberikan khidmat terbaik kepada pengguna dalam menyediakan perkhidmatan Wimax di negara ini tahun depan.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Yeoh Sock Ping, berkata syarikat tidak mahu melancarkan perkhidmatan secara berperingkat, sebaliknya menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh.

“Kami menjangka pekhidmatan Wimax akan menemui pengguna di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak serentak tahun depan,” katanya.

Bagi mencapai tujuan itu, YTLe bekerjasama dengan Cisco Services Malaysia Sdn Bhd yang bertindak sebagai rakan kongsi dalam teknologi.

Read more »

December 28, 2008 Posted by TetikuS | Wireless | | No Comments Yet

Taman Subang, Kelana Jaya jadi tumpuan menara haram

`Kami hairan’
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hairan dan bengang! Itu yang dirasakan sebahagian besar penduduk Taman Subang, Kelana Jaya, Petaling Jaya, apabila kawasan kediaman mereka terus menjadi tumpuan syarikat telekomunikasi memasang cakera dan pemancar.

Terbaru, penduduk mendakwa sebanyak 10 pemancar dipasang di bumbung bangunan berhampiran rumah mereka.

Setiausaha persatuan penduduk taman perumahan itu, Musa Abdullah, berkata beliau pelik bagaimana pemasangan itu boleh diluluskan sedangkan isu berkaitan menara telekomunikasi di Jalan SS 3/49 berhampiran kediaman mereka masih hangat diperkatakan.

“Pemancar baru ini mula dipasang kira-kira sebulan lalu dan hasil pemerhatian saya, jumlahnya tidak kurang daripada 10 unit. Ia juga tidak dimiliki syarikat pemilik menara telekomunikasi di jalan SS 3/49.

[Ad]

Read more »

December 28, 2008 Posted by TetikuS | Wireless | , | 1 Comment

Menara Pemancar telekomunikasi haram

Menara haram
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

PASANG…pemasangan menara pemancar diteruskan, semalam.
menara-haram

KELANA JAYA: Pemancar telekomunikasi yang dipasang di bumbung premis perniagaan di Jalan SS 3/41 di sini dikesan beroperasi secara haram berikutan dua syarikat pemilik pemancar terbabit tidak mempunyai permit untuk memasangnya di bangunan berkenaan.

Perkara berkenaan disahkan Konsortium Jaringan Selangor (KJS), yang bertanggungjawab merancang, melaksana dan mengemas kini selain menjadi agensi sehenti (OSA) membabitkan alat pemancar telekomunikasi di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Abdul Hasib Ramly, berkata, pihaknya tidak pernah menerima permohonan untuk pemasangan pemancar di bumbung premis perniagaan itu.

Read more »

December 28, 2008 Posted by TetikuS | 3G | , | 7 Comments