Pc Base

Masa Untuk Berubah

Berminat Untuk Menternak Kambing?

Belajar dari pengalaman orang lain itu adalah lebih mudah, murah dan menjimatkan masa… untuk itu, harga yang saya tawarkan kepada anda untuk anda mempelajari semua ilmu, pengalaman dan pengajaran yang terkandung di dalam ebook ini, hanyalah RM 47. Ya! Hanya RM47 sahaja.

Ianya teramat murah jika ingin dibandingkan dengan kos yang mungkin anda terpaksa tanggung semata-mata untuk mempelajari satu ilmu & pengajaran berlandasakan pengalaman sendiri … usahlah mengulangi kesilapan pemuda malang tersebut.

Ebook ini bukan sahaja mengandungi maklumat-maklumat berkaitan penternakan kambing, tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman berharga daripada penternak-penternak kambing yang lain yang sudah Berjaya. Oleh itu, sudah semestinya, info dan maklumat di dalam ebook ini amat bernilai.. untuk itu berapakah harga yang anda rasa.. patut saya letakkan pada ebook ini?

Woyooo sekarang sudah keluar buku ternak kambing pulak. Cayalah. Lepas ni ada sambungan lagi ebuku cara membuat reban kambing, cara merawat kambing, cara memberi kambing makan, cara …

Kambing. Sekarang ramai orang gila kambing. Daging kambing segar tempatan rm25/kilo. Jika anda bela kambing sendiri atau bergaul dgn penternak kambing, harga rm25/kilo cukup makan saja. Paling untung ialah jual anak, induk, bapak kambing.

Ramai nyg mahu menternak kambing. Percayalah ramai juga penternak kambing yg tinggal tahi kambing saja. Kalau berminat nak ternak kambing cari mentor penternak kambing yg sudah berjaya. Bukan duduk depan komputer. Pengusaha kambing jual kambing bukan jual ebuku.

Nak beli kambing mestilah ada mentor jujur yg bersedia membantu. Kalau beli sendiri mampus kena tipu hidup-hidup. Ini kambing baka baik. baka besar. Sedangkan sebetulnya kambing kampung kacuk.

Lepas tu nak bagi kambing makan pulak. Bab makanan kambing ni baru tahu untung rugi bela kambing.

August 12, 2008 - Posted by TetikuS | ebuku | | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment